Kejatuhan ringgit serius, membimbangkan
SHAH ALAM – Pakar ekonomi menjelaskan, kejatuhan nilai ringgit ke paras melepasi RM4.70 pada ketika ini adalah disebabkan faktor global, antaranya pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pergerakan ringgit juga boleh dipengaruhi oleh keputusan pelabur-pelabur asing terhadap pegangan ekuiti mereka.
“Apabila pelabur-pelabur asing menjual pelaburan mereka dalam ekuiti, pegangan bon atau hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), ini akan menyebabkan nilai ringgit lebih mudah terjejas,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.-sinarharian