Bincang Aktiviti Sukan Patuh Syariah Dengan Mufti- Hishamuddin

0

KUALA TERENGGANU, 21 September- Kerajaan negeri menerusi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri yang diterajui Hishamuddin Abdul Karim telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Terengganu, hari ini.

Hishamuddin berkata, pertemuan dengan Mufti Negeri Terengganu, Dato’ Dr Mohamad Sabri Haron adalah bagi membincangkan garis panduan mengenai aktiviti sukan dan mendapatkan nasihat tentang pelaksanaannya agar selari dengan ketetapan syariah. 

“Sekalipun tidak mampu memenuhi secara menyeluruh, paling tidak prosesnya bermula dari bawah dengan penuh berhemah.

“Pertemuan ini juga bagi menjemput pihak Jabatan Mufti Negeri Terengganu hadir ke program T-Fight sebagai pasukan pemantau untuk menggariskan panduan yang sebaiknya dalam acara Kejohanan T-Fight Festival 2023 yang akan diadakan nanti, ” ujar beliau di laman facebook rasminya. 

Katanya lagi, kesederhanaan pihak Kerajaan Negeri dalam menerima dan menyambut penganjuran sebegini hendaklah juga dihormati oleh pihak penganjur terhadap garis panduan dan ketetapan yang diberikan.

-TRDI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *